Salam..
Hi all.
Blog ni dah dikemaskini. Sekarang ada rasa la aura-aura segar sikit. Kalo x sememeh je rupa blog ni.
Hari ni En Puteh balik ke Sungai Petani. Bawak mak saya ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk buat ic sementara since ic dia hilang sebab adik saya kena ragut. Mak sayakan sakit. ( Oh, kena refer blog lama). So segala benda-benda penting memang la adik saya pegangkan. Sebenarnya dah lama mak saya jadi pendatang asing. Tapi dah anak dia xde cuti pada hari-hari gomen bekerja. Alang-alang hari ni mak nak kena wat check up kat Klinik Kesihatan, En Puteh cadangkan suh wat hari ini. Sayang En Puteh sebab sudi balik SP dan bawak mak p merata tempat untuk settlekan kad-kad yang kena ragut tuh.
Kad bekas Polis mak, Ic mak, Kad bank mak. Ermm tuh ja kot. Tapi banyak tempat jugaklah kan.
En Puteh x bagi saya balik sebab eden x larat. Dah la berkejar-kejaran ngan anak murid kat sekolah pastuh nak kena mintak balik awal dari GB lagi. Pastuh nak menempuh rintangan ntah2 muntah pening tengah jalan. En Puteh kata dari cepat jadi lambat. Edeh! camtuh pun ada. Alih-alih dia balik sorang. Dia mintak tolong kawan tempat keja dia coverkan. Alhamdulillah. Sayang En Puteh sangat.
Hari jadi En Puteh dah basi. Tapi bini dia yang mithali ni x bagi hadiah pun. Oh...pretty sorry dear. I miskin sangat that time. Nama pun lepas rayakan. So..esok..i ingat ...nak ...nak...ajak my lovely En Puteh p Langkawi. Yeaaaaaaaaa...meh i belanja. Kaya la sekejapkan since gaji dah masuk semalam. Tapi memang x plan apa pun. Hari khamis petang pergi, hari jumaat petang dah kena balik sebab hari Sabtu En Puteh tolong abg dia berniaga. Saya pun kena berkursus KSSR.
Agak-agak apa kena settle esok sebelum p ya??
Oh..
* tempah hotel
* tempah kereta sewa
alalala....macam banyak sangat je. Tuh je. Xnak pergi mana pun. Saya just nak jalan-jalan tepi pantai ngan En Puteh ja. Tapi xtaulah dia setuju ke x. Malam ni kena tanya lain. Xnak pergi jalan2 pun. Soping moping pun xnak. I x larat hokey!
Ohhh..i nak request hotel sepanjang Pantai Cenang atau Pantai Tengah sahaja. Skg ni pun tengah google lagi pasal hotel. Sangat last minutekan? huhu. thats me.
ok. itu aja. till next time dear.
No comments:
Post a Comment