Thursday 27 September 2012

Wangikan hari anda


Assalamualaikum.

Hi all.

Hujung minggu  ni i bangun awal ok. Bukan apa. Selalu Subuh tidur balik. Selalunya weekend camnie balik my lovely hometown, Sungai Petani (SP). Bila balik SP, pukul 8.30 baru bangun nak wat kerja umah even En Puteh dah bangun pukul 7.30 siap wangi bagai terkebil2 atas katil tgk bini mithali dia dok tidur lagi. So di rumah mak mertua jangan berangan la. I malu ok. Mak dan pak mertua i bangun awal. Siap menyapu2 kat lama rumah lagi. Since dah wangi, saya pun bergeraklah buat sarapan. Haha. 7.30 pagi baru nak start wat sarapan. Sila gelak. Hahaha. Pagi ni saya wat koew teow goreng. Rasa macam pelik sikit sebab saya guna asam mak mertua. Pengat camana tah bau dia. ke sebab aura-aura ibu mengandung yang suka bau dan rasa pelik2. Naseb baik En Puteh kata sedap. Dia siap makan sampai 2 kali.

Saya dah start memasak makan tengah hari dari pukul 9 lagi. Awal gila kan?? Kalo kat SP, pukul 11 baru terhegeh-hegeh nak masuk dapur. Disebabkan x merancang nak masak apa memang lama gila la saya memasak kat dapur. Satu-satu. Alahai makngah. Minta maaf la. Saya ni memang lambat sikit bab masak-memasak ni. Kadang-kadang kesian En Puteh bila balik kerja tanya masak apa. Saja ja. Mak dia masak pun dia x makan sangat. Huhu.

Hari ni banyak jugaklah lauk yang saya masak. En Puteh pun request makanan kegemaran dia iaitu kentang bilis goreng. . (kentang goreng ni ala-ala style dia la-En Puteh yang ajar saya memasak yang makanan ni. Yang lain-lain tuh biasa ja.


  • sambal sotong
  • sotong goreng kunyit
  • kangkung goreng belacan
  • ikan goreng
  • ikan pekasam
  • air asam
  • last but not least kentang bilis goreng kegemaran En Puteh
Selalunya En Puteh makan sikit na, tak tahu sebab diet atau memang dia makan sikit. Tapi sepanjang saya kenal dia memang dia makan sikit ja. Tak padan langsung dengan badan. Hari ni saja ja saya letak nasi banyak sikit dari biasa. Yang bestnya dia tak menolak dan makan sampai habis. Hehe. Alhamdulillah. 

Ntah la. Saya pun xtahu kenapa saya sangat malas memasak bila ada kat rumah mak mertua. Bila balik SP saya rajin saja. Mungkin kat sini saya tahu ada ramai lagi orang yang nak memasak. Mak mertua atau kak ipar saya. Saya bukannya pandai memasak sangat pun. Tapi, bila balik SP sapa yang nak memasak. Adik saya pun masak ala kadar saja. Time saya baliklah mak, ayah dan family saya nak makan sedap2 sikit. Eceh perasan sedap. Padahal depa makan ja sebab dah lapar. Hehe.

Saya pening semalam. Balik2 dari tgk tiles terus rasa mengantuk gila. En Puteh siap tinggal motor dia kat tempat kerja sebab nak drive saya balik. Gila memang rasa pening sangat2. Apa lagi. En Puteh pun membebel la. Dia kata " Naseb baik kita tak p Langkawi. Jalan2 sikit pun yang dah pening." Eleh. Kalo bab berjalan saya ok ja. Hehe. 

Tilessssss yuhuuuuuuuuuuu...
Its about our tiles dear. I sangat pening kepala. Xtau nak deside yang mana satu. Ada satu tiles tuh memang i sangat berkenan. Cantik. Tapi mahal derrr. Untuk keluasan ruang tamu rumah kami, harga peruntukan kira-kira RM 3k lebih. Eh2. Tuh baru ruang tamu. Ada lagi satu style, harganya secara total cuma RM 1.5 k ja. Memang lari setengah harga la. Memang i x decide lagi. Tiles yg 3k tuh siap ada corak2 la sikit. Yang bestnya memang berkilat. Kalo kena cahaya lampu memang memantul2 la.Nice sangat. Yang 1.5k tuh biasa ja. I ngan En Puteh memang berkenan yang 3k tuh. Tapi bila i pk balik, bukan tiles tuh yang akan bagi cantik rumah kami. At least kita boleh main colours and decorate our home nicely nanti.Ntah la. 1.5k tuh bleh dapat tv ok. Siap LCD 42 inci lagi. Bak kata En Puteh LCD 42 pun RM 1.2k ja. Alamak..camana ni. So i decide nak istikharah and En Puteh gelakkan saya. Kurang asam!

Dapur kalau boleh i nak yang kaler grey. I memang berkenan sangat kaler grey. Light grey i mean. 

nice jugakkan?




yang ni pun i berkenan jugak.

ouwww..menyilau mata i makngah



Tapi kan ...

I selalu terbaca. Material yang paling ok untuk dapur ialah wood. Tapi x taulah sejauh mana kebenaran dia. Terpulang pada pengguna jugakkan.





En Puteh mesti suka. Sebab dia suka sangat design kayu. Master bedroom kami pun kayu jugak. Tiles untuk bedroom ngan 2 bilik air dah beli masa mula-mula dulu lagi. Oh..nanti i upload kalo berkesempatan.

wah..menyerlah gitu.
Tiles bilik kami ala-ala g nie la. Alahai, macam dapur rumah orang pulakkan. Haha.


 Dapur idaman. Wahahaha. En Puteh comfirm x bagi. Tapi yang ni tiles biasa ajalah. 
White tiles with do design.





hehe. Itu ajalah cerita wat masa sekarang. Petang ni nak ajak En Puteh ke Jitra. Nak beli seluar track suit. Esokkan kena kursus KSSR PJ Tahun 3. Oh sangat malas.

Bye dear. Esok petang nak pergi beli tiles. Yeah...

xoxo

2 comments:

  1. hai!! salam kenal. org sp ka?? kmi org lostaq! hehe bru preggy ye.. tahniah no.. jaga diri & kandungan baik2.. biasa arhh mula2 mmg pening2 skit.. tggu lps 3 bulan bru stable.. msa tu leh mkn apa ja.. hehe

    ReplyDelete
  2. Hai hampa. salam. A'ah orang Sp. Tapi dah menetap kat Kuala Nerang dah. Hampa pun do take care of urself.

    ReplyDelete