Monday, 10 September 2012

Its My Very First Time


Hello dear..
assalamualaikum..

Haha..sangat-sangat lama seorang Cik Ungu tidak menulis blog. Ya! Untuk kesekian tahun atas sebab-sebab yang banyak sebablah. Terhentak dari lamunan camana tah yang menyebabkan saya rasa , saya harus menulis kembali blog walaupun atas untuk catatan atau peringatan  diri sendiri sahaja. Siapa nak terlepas tiap-tiap yang hebat dalam hidup kitakan? Walaupun benda yang jadi itu atas dasar kesedihan atau kegembiraan yang maha gempak, namun hidup mesti diteruskan. Malah menjadi orang yang selalu mengenang detik-detik semalam juga mampu menjadikan ia sebagai satu titik pengajaran dalam hidup kita.

Ya! Saya sudah pun berkahwin. Bukan dengan "kekasih" yang selalu wujud dalam dimensi-dimensi lama. Tapi Ya!. "Dia" yang bernama suami saya adalah "dia" yang Allah pilih untuk saya. Dia yang saya selalu hiasi namanya sebagai "En Puteh" saya.

Dan Ya! Ya! dan banyak kali lagi ya! Saya dah mengandung. Yeaaaaaa..Alhamdulillah. Syukur atas kurniaan Allah atas rezeki. Banyak orang kata cepat. Tapi En Puteh saya kata dia pun dah tua. Hehe. Alhamdulillah En Puteh rasa tua kan. Saya nak selalu nampak muda. Ya! En Puteh sangat gembira. Bila ditanya perasaan saya pula, ntah! Mungkin agak tergejut pada mulanya. Tapi alhamdulillah. Saya ada seorang teman baik. Kini tambah pula seorang lagi teman baik saya. Alhamdulillah. Saya sangat gembira untuk membawa buah hati saya bersama jasad saya.

Apa lagi ya? Mungkin terlalu banyak untuk dikhabar, yang pada saya oklah untuk post kali pertama. Its my very first time. Harapnya blog ini tidak akan terkubur bersama blog yang sudah. Saya tidak pernah menutup blog yang sudah. Ia adalah sejarah. Sejarah adalah sesuatu yang pasti dalam hidup kita. Dan sejarah juga mampu menjadikan kita orang yang lebih baik dari semalam. Oleh itu, biarlah ia menjadi sejarah manis lewat-lewat semalam saya.

Catatan : Kurong Hitam, Kuala Nerang.
Inilah bau udara tempat saya menginap bersama En Puteh terchenta sekarang.


No comments:

Post a Comment