::biji remia chenta::
moga warna biji remia ini menghiasi setiap deru nafas seumur hidupku
Saturday, 29 September 2012
hidup
"benci tengkorak u"
fine!
ingat dah ada kawan la bila camni. tapi rupanya sama ja macam dulu.
takpa lah. redha ja. at least xpayah la ckp camtuh.
Friday, 28 September 2012
Assalamualaikum..
Hye dear.
Malam ni macam x best je. Esok kena kursus!! OOhh. Sangat tidak best. Sepatutnya hari Sabtu adalah hari untuk berehat-rehat, bertidur-tidur dan bermalas-malas. Bukan hari untuk memenatkan minda. Wallah. Macam apa jer. I jugak yang salah sebenarnya. Sepatutnya orang lain yang kena attend kursus ni, tapi dia mintak tolong i gantikan since dia kena mengasuh anak sebab bini dia bersuka ria melancong ke Medan. Alahai. Kesian punya pasal, i pun tolonglah. Alih-alih dapat tau kata bini dia pergi dari minggu lepas lagi means next week bini dia dah ada dah. Oh..terkesima di situ. Malaslah nak kata apa. Lagipun GB sekolah i memang wat bodo jer. Kalo pk balik dalam banyak2 orang, kenapalah dia lepaskan i attent kursus tuh. Oh..for ur infomation, kursus itu ialah KURSUS KSSR PENDIDIKAN JASMANI tahun 3. Oh..silalah bolatkan mata kalian melihat perkataan PENDIDIKAN JASMANI di situ. Bagi yang xtau apa itu Pendidikan Jasmani meh i terangkan. PJ is lompat2, berlari2, bernari2, berjoget2 dan sebagainya. Habis anak saya kena berjoget bagai dalam perut mama dia. Jadi apa2 sapa nak tanggung yo!. So i decide kalo ada benda pelik2 selain dari kena dengar ceramah memang i xnak buat.
Tapikan??
Haha. Tahan ke tgk org lain bermain2? Main= seronok. Seronok = mestilah rasa nak buatkan. Haha. En Puteh dah warning jangan nak gedik sangat. Haha. Ambik ang gedik di situ. Silalah behave of urself Cik Ungu. Bak kata En Puteh. I dah tua. Orang lain semua dah ada anak. I ja xdak. FINE! I faham la. Sapa x sayang anak sendiri abang oiiii.
anak i.Comey x? ok tipu. Next!!
alalala. Nomeynya bucuk mummy nie. ahaks.
mama ngan papa 2 2 mata cepet skali kuar baby nah ko bolat!!. haha. lagi tipu.
X sabar nak tunggu anak sendiri. Bestnya. Mesti depa x lempaq p kursus dah. Ataupun kalo depa lempaq jugak i nak wat alasan anak kecik! ouch..camana nak jadi cikgu yang komited terhadap kerjaya ni.
U all..
Tgk x bajet 2013 tadi.
Dapat bonus ya! tuh ja yang cek nak dengar sepanjang pembentangan bajet tadi. Hikhik. 1 1/2 bulan gaji. Yeahhhhhhhh..alhamdulillah. Rezeki anak. Leh digunakan untuk tampung perbelanjaan baby untuk bulan 3 nanti. Insya'Allah.
ouch...jom kutip duit dari pokok. Bling! Bling!
Haha. Suka sangat berangan saya ni. Oklah. Setakat ini aja.
Selamat malam. Oh..esok kena telefon Kak Siti ( Nurse Klinik Kesihatan) sebab dah janji dia nak datang rumah buat check up perut since saya xdak kena berkursus. Rajin depa kan nak mai wat lawatan.
Selamat malam.
xoxo
Thursday, 27 September 2012
Wangikan hari anda
Assalamualaikum.
Hi all.
Hujung minggu ni i bangun awal ok. Bukan apa. Selalu Subuh tidur balik. Selalunya weekend camnie balik my lovely hometown, Sungai Petani (SP). Bila balik SP, pukul 8.30 baru bangun nak wat kerja umah even En Puteh dah bangun pukul 7.30 siap wangi bagai terkebil2 atas katil tgk bini mithali dia dok tidur lagi. So di rumah mak mertua jangan berangan la. I malu ok. Mak dan pak mertua i bangun awal. Siap menyapu2 kat lama rumah lagi. Since dah wangi, saya pun bergeraklah buat sarapan. Haha. 7.30 pagi baru nak start wat sarapan. Sila gelak. Hahaha. Pagi ni saya wat koew teow goreng. Rasa macam pelik sikit sebab saya guna asam mak mertua. Pengat camana tah bau dia. ke sebab aura-aura ibu mengandung yang suka bau dan rasa pelik2. Naseb baik En Puteh kata sedap. Dia siap makan sampai 2 kali.
Saya dah start memasak makan tengah hari dari pukul 9 lagi. Awal gila kan?? Kalo kat SP, pukul 11 baru terhegeh-hegeh nak masuk dapur. Disebabkan x merancang nak masak apa memang lama gila la saya memasak kat dapur. Satu-satu. Alahai makngah. Minta maaf la. Saya ni memang lambat sikit bab masak-memasak ni. Kadang-kadang kesian En Puteh bila balik kerja tanya masak apa. Saja ja. Mak dia masak pun dia x makan sangat. Huhu.
Hari ni banyak jugaklah lauk yang saya masak. En Puteh pun request makanan kegemaran dia iaitu kentang bilis goreng. . (kentang goreng ni ala-ala style dia la-En Puteh yang ajar saya memasak yang makanan ni. Yang lain-lain tuh biasa ja.
- sambal sotong
- sotong goreng kunyit
- kangkung goreng belacan
- ikan goreng
- ikan pekasam
- air asam
- last but not least kentang bilis goreng kegemaran En Puteh
Selalunya En Puteh makan sikit na, tak tahu sebab diet atau memang dia makan sikit. Tapi sepanjang saya kenal dia memang dia makan sikit ja. Tak padan langsung dengan badan. Hari ni saja ja saya letak nasi banyak sikit dari biasa. Yang bestnya dia tak menolak dan makan sampai habis. Hehe. Alhamdulillah.
Ntah la. Saya pun xtahu kenapa saya sangat malas memasak bila ada kat rumah mak mertua. Bila balik SP saya rajin saja. Mungkin kat sini saya tahu ada ramai lagi orang yang nak memasak. Mak mertua atau kak ipar saya. Saya bukannya pandai memasak sangat pun. Tapi, bila balik SP sapa yang nak memasak. Adik saya pun masak ala kadar saja. Time saya baliklah mak, ayah dan family saya nak makan sedap2 sikit. Eceh perasan sedap. Padahal depa makan ja sebab dah lapar. Hehe.
Saya pening semalam. Balik2 dari tgk tiles terus rasa mengantuk gila. En Puteh siap tinggal motor dia kat tempat kerja sebab nak drive saya balik. Gila memang rasa pening sangat2. Apa lagi. En Puteh pun membebel la. Dia kata " Naseb baik kita tak p Langkawi. Jalan2 sikit pun yang dah pening." Eleh. Kalo bab berjalan saya ok ja. Hehe.
Tilessssss yuhuuuuuuuuuuu...
Its about our tiles dear. I sangat pening kepala. Xtau nak deside yang mana satu. Ada satu tiles tuh memang i sangat berkenan. Cantik. Tapi mahal derrr. Untuk keluasan ruang tamu rumah kami, harga peruntukan kira-kira RM 3k lebih. Eh2. Tuh baru ruang tamu. Ada lagi satu style, harganya secara total cuma RM 1.5 k ja. Memang lari setengah harga la. Memang i x decide lagi. Tiles yg 3k tuh siap ada corak2 la sikit. Yang bestnya memang berkilat. Kalo kena cahaya lampu memang memantul2 la.Nice sangat. Yang 1.5k tuh biasa ja. I ngan En Puteh memang berkenan yang 3k tuh. Tapi bila i pk balik, bukan tiles tuh yang akan bagi cantik rumah kami. At least kita boleh main colours and decorate our home nicely nanti.Ntah la. 1.5k tuh bleh dapat tv ok. Siap LCD 42 inci lagi. Bak kata En Puteh LCD 42 pun RM 1.2k ja. Alamak..camana ni. So i decide nak istikharah and En Puteh gelakkan saya. Kurang asam!
Dapur kalau boleh i nak yang kaler grey. I memang berkenan sangat kaler grey. Light grey i mean.
nice jugakkan?
yang ni pun i berkenan jugak.
ouwww..menyilau mata i makngah
Tapi kan ...
I selalu terbaca. Material yang paling ok untuk dapur ialah wood. Tapi x taulah sejauh mana kebenaran dia. Terpulang pada pengguna jugakkan.
En Puteh mesti suka. Sebab dia suka sangat design kayu. Master bedroom kami pun kayu jugak. Tiles untuk bedroom ngan 2 bilik air dah beli masa mula-mula dulu lagi. Oh..nanti i upload kalo berkesempatan.
wah..menyerlah gitu.
Tiles bilik kami ala-ala g nie la. Alahai, macam dapur rumah orang pulakkan. Haha.
Dapur idaman. Wahahaha. En Puteh comfirm x bagi. Tapi yang ni tiles biasa ajalah.
White tiles with do design.
hehe. Itu ajalah cerita wat masa sekarang. Petang ni nak ajak En Puteh ke Jitra. Nak beli seluar track suit. Esokkan kena kursus KSSR PJ Tahun 3. Oh sangat malas.
Bye dear. Esok petang nak pergi beli tiles. Yeah...
xoxo
Wednesday, 26 September 2012
Cucuq badak dan air mineral sebotoi =)
Salam.
Hye-hye all.
Hari ini sangat keletihan di sekolah. Dengan kelas yang banyak dan baby dalam perut pun rasa mengeras. Alahai sayang buah hati mama, napa la tak mau duduk diam-diam. Haha. leh plak kata gituh kat baby ya. X silap saya, selalunya ibu-ibu mengandung akan mengalami alahan muntah-muntah dan mual hingga bulan ketiga. Tapi saya ni pelik sikit. Bulan ketiga lebih ni baru nak rasa alahan. Tapi alhamdulillah, alahan saya tak lah teruk macam orang lain. Mama tau, baby mama baik. Baby mama sayang kat mama dia. Sayang buah hati mama sangat.
Huuuuuu..all.( menangis dalam hati ni )
I x jadi p Langkawi. En Puteh kata penat. Smalam dia angkat mak sampai sepuluh kali. Kesiannya sayang ayg. Tapi nak majuk jugak. kata janji nak p. Pastuh siap ugut-ugut kata nak dok rumah cepat x? Amboi..amboi?. En Puteh kata nak mengecat syiling pagi jumaat tuh since hari Sabtu dia berniaga. Xpelah. Ngada ja i ni. Ngada xmau duduk rumah mak mertua. Haha.
Good news dearrrr...
Petang kemarin Bank Rakyat telefon kata loan dah approved. Yeahhhhhhhh..Bestnya. Ada bau-bau kaya sebentar ya. Sebentar ajalah. Pasai duit tuh nak digunakan untuk membeli barang-barang rumah. Tapi i macam nak feeling-feeling pakai telefon baru la. Xpun nak beli kamera besaq gedabak. (eleh...macam la suka bergambar sangat).En Puteh kata pilih salah satu dah la. Eh-eh. Yang nak bagi hadiah yang satu lagi eh. Hehe. berangan udah.
Petang ni nak ajak En Puteh tengok wayang. Kalau x jadi mungkin pergi tgk tiles. Nak pilih tiles untuk dapur, bilik anak perempuan ( wah ..see! feeling anak bagai dah bak ang), anak lelaki, bilik tamu , bilik membaca dan ruang tamu. Oh...saya memang sangat x sabar untuk duduk di rumah sendiri. Insya'Allah ada kelapangan saya upload gambar bakal rumah kami ya.
oh my ungu! sangat cantikkan?
yang ni pun sweet sangat you..
oh dear, ini pun sangat comel. Rasa nak letak je kaler tequoise ni. bleh match2 dengan kaler ungu gitu.
oklah dear.
sampai sini saja.
xoxo
Dah x sememeh sangat dah~
Salam..
Hi all.
Blog ni dah dikemaskini. Sekarang ada rasa la aura-aura segar sikit. Kalo x sememeh je rupa blog ni.
Hari ni En Puteh balik ke Sungai Petani. Bawak mak saya ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk buat ic sementara since ic dia hilang sebab adik saya kena ragut. Mak sayakan sakit. ( Oh, kena refer blog lama). So segala benda-benda penting memang la adik saya pegangkan. Sebenarnya dah lama mak saya jadi pendatang asing. Tapi dah anak dia xde cuti pada hari-hari gomen bekerja. Alang-alang hari ni mak nak kena wat check up kat Klinik Kesihatan, En Puteh cadangkan suh wat hari ini. Sayang En Puteh sebab sudi balik SP dan bawak mak p merata tempat untuk settlekan kad-kad yang kena ragut tuh.
Kad bekas Polis mak, Ic mak, Kad bank mak. Ermm tuh ja kot. Tapi banyak tempat jugaklah kan.
En Puteh x bagi saya balik sebab eden x larat. Dah la berkejar-kejaran ngan anak murid kat sekolah pastuh nak kena mintak balik awal dari GB lagi. Pastuh nak menempuh rintangan ntah2 muntah pening tengah jalan. En Puteh kata dari cepat jadi lambat. Edeh! camtuh pun ada. Alih-alih dia balik sorang. Dia mintak tolong kawan tempat keja dia coverkan. Alhamdulillah. Sayang En Puteh sangat.
Hari jadi En Puteh dah basi. Tapi bini dia yang mithali ni x bagi hadiah pun. Oh...pretty sorry dear. I miskin sangat that time. Nama pun lepas rayakan. So..esok..i ingat ...nak ...nak...ajak my lovely En Puteh p Langkawi. Yeaaaaaaaaa...meh i belanja. Kaya la sekejapkan since gaji dah masuk semalam. Tapi memang x plan apa pun. Hari khamis petang pergi, hari jumaat petang dah kena balik sebab hari Sabtu En Puteh tolong abg dia berniaga. Saya pun kena berkursus KSSR.
Agak-agak apa kena settle esok sebelum p ya??
Oh..
* tempah hotel
* tempah kereta sewa
alalala....macam banyak sangat je. Tuh je. Xnak pergi mana pun. Saya just nak jalan-jalan tepi pantai ngan En Puteh ja. Tapi xtaulah dia setuju ke x. Malam ni kena tanya lain. Xnak pergi jalan2 pun. Soping moping pun xnak. I x larat hokey!
Ohhh..i nak request hotel sepanjang Pantai Cenang atau Pantai Tengah sahaja. Skg ni pun tengah google lagi pasal hotel. Sangat last minutekan? huhu. thats me.
ok. itu aja. till next time dear.
Tuesday, 25 September 2012
Peknga cicah gulai ikan
Hello dear..
Intepretasi luahan rasa pada penulisan? Mungkin merupakan suatu gambaran yang tepat untuk meluahkan sedikit pingitan rasa hati pada sesuatu keadaan atau peristiwa. Tapi sejauh mana keberkesanannya dalam mencerminkan sesuatu. Itu ke fikir kesudahan dia sendiri.
Saya dah lama teringin nak baca buku ni
Dah lama sampai tahap mengidam dah. Banyak toko-toko buku yang saya masuk semua kata takdak. Pelik jugak ya. Harapnya dapat baca sebelum mak baby sendiri yang meleleh air liur sebab mengidam sangat-sangat. Haha.
Bukan perkataan biji remia itu yang menangkap tatapan mata saya. Tapi ya! Hasil karya Noor Suraya itu yang selalu menghiasi hari-hari saya. Novel beliau asyik masyuk dan sangat rapat dengan jiwa saya.
Oh ya..tajuk di atas bukan sekadar tajuk. Tapi peknga (selalu orang tua-tua Kedah sebut ) memang sangat sedap dimakan kalau dicicah pula dengan gulai ikan. Tambah-tambah gulai ikan yang piaw...nyum.
Monday, 10 September 2012
Its My Very First Time
Hello dear..
assalamualaikum..
Haha..sangat-sangat
lama seorang Cik Ungu tidak menulis blog. Ya! Untuk
kesekian tahun atas sebab-sebab yang banyak sebablah. Terhentak dari lamunan
camana tah yang menyebabkan saya rasa , saya harus menulis kembali blog walaupun
atas untuk catatan atau peringatan diri sendiri sahaja. Siapa nak
terlepas tiap-tiap yang hebat dalam hidup kitakan? Walaupun benda yang jadi itu
atas dasar kesedihan atau kegembiraan yang maha gempak, namun hidup mesti
diteruskan. Malah menjadi orang yang selalu mengenang detik-detik semalam juga
mampu menjadikan ia sebagai satu titik pengajaran dalam hidup kita.
Ya! Saya sudah pun
berkahwin. Bukan dengan "kekasih" yang selalu wujud dalam
dimensi-dimensi lama. Tapi Ya!. "Dia" yang bernama suami saya adalah
"dia" yang Allah pilih untuk saya. Dia yang saya selalu hiasi namanya
sebagai "En Puteh" saya.
Dan Ya! Ya! dan
banyak kali lagi ya! Saya dah mengandung. Yeaaaaaa..Alhamdulillah. Syukur atas
kurniaan Allah atas rezeki. Banyak orang kata cepat. Tapi En Puteh saya kata
dia pun dah tua. Hehe. Alhamdulillah En Puteh rasa tua kan. Saya
nak selalu nampak muda. Ya! En Puteh sangat gembira. Bila
ditanya perasaan saya pula, ntah! Mungkin agak tergejut pada mulanya. Tapi
alhamdulillah. Saya ada seorang teman baik. Kini tambah pula seorang lagi teman
baik saya. Alhamdulillah. Saya sangat gembira untuk membawa buah hati saya
bersama jasad saya.
Apa lagi ya? Mungkin
terlalu banyak untuk dikhabar, yang pada saya oklah untuk post kali pertama.
Its my very first time. Harapnya blog ini tidak akan terkubur bersama blog yang
sudah. Saya tidak pernah menutup blog yang sudah. Ia adalah sejarah. Sejarah
adalah sesuatu yang pasti dalam hidup kita. Dan sejarah juga mampu menjadikan
kita orang yang lebih baik dari semalam. Oleh itu, biarlah ia menjadi sejarah
manis lewat-lewat semalam saya.
Catatan : Kurong
Hitam, Kuala Nerang.
Inilah bau udara
tempat saya menginap bersama En Puteh terchenta sekarang.
Subscribe to:
Posts (Atom)